PROJEK NIAGA FESTIVAL PART 1

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga di atas sambutan pengunjung yang datang ke Islamic Lifestyle Festival terutamanya kepada yang singgah samada mendapatkan info atau membuat tempahan dengan kami dalam masa 3 hari tersebut.

Terlalu banyak pengalaman yang kami perolehi pada hari tersebut. Antaranya:

  1. Perlu membuat setting booth bermula dari 3.30 petang hingga hampir jam 9 malam.
  2. Perlu berjalan kaki masuk ke dalam bangunan Danga City Mall, naik ke tingkat 4 untuk solat. Ruang solat agak kecil dan perlu pandai merebut peluang untuk solat.
  3. Keluar dari parking selepas 45 minit tutup booth. Beratur tunggu kereta yang keluar dari parking.

Pelanggan yang datang juga ada bermacam-macam ragam. Ada yang mudah sahaja buat pilihan. Lihat terus berkenan dan terus tempah. Ada yang pilih dengan lama akhirnya tidak jadi beli atau tempah. Ada juga yang sanggup beli display set (memang masih baru), maka kami ganti display yang lain di booth.

Sememangnya, pengalaman itu tidak boleh dijual beli. Di sini kami juga mengenali bebrapa peniaga yang berdekatan. Kebanyakkannya baru pertama kali cuba berniaga secara booth (biasa berniaga secara online macam kami juga). Ada yang dating dari Kuala lumpur, Melaka dan Perlis. Ada yang membawa anak yang masih kecil dan ada yang membawa anak-anak berkampung di sana sepanjang 3 hari tersebut.

Ada satu lagi peristiwa yang sukar dilupakan. Hari ketiga, seorang pelanggan berkeluarga yang datang membeli jam tiba-tiba mahu mencuba jam di situ, walaupun agak sibuk, permintaannya kami tunaikan (pelanggan lain biasanya terus pulang selepas membeli dan kami beri jaminan setahun atas enjin jam). Dengan tiba-tiba jam yang dimasukkan bateri tidak berfungsi. Hati kami mulai risau. Sudah berpuluh set jam yang terjual, bimbang jika ada yang mengalami maslah sebegitu. Pelanggan tersebut terus tidak jadi membeli set itu biarpun kami tawarkan untuk menghantar set yang lain ke rumahnya. Kami hampa. Kerisauan kami membuat hati kami tidak tenang dan tidak pputus berdoa. Namun Allah Maha Mengetahui dan mengatur segalanya dengan baik. Seorang lagi pelanggan yang membeli juga mahu mencuba jam tersebut. Alhamdulillah kali ini jam berfungsi seperti biasa. Ini bermakna hanya set tersebut sahaja yang bermasalah (kami telah gantikan dengan enjin jam yang baru tidak sampai 5 minit). Setelah itu, hati kami tenang kembali.

Secara keseluruhannya, di sini kami berpeluang berhadapan dengan pelanggan dan berinteriaksi secra lansung tentang kelebihan produk kami. Walaupun , ada pelbagai booth yang menjual barang deko rumah, kami percaya, rezeki masing-masing. Alhamdulillah, lepas kos sewa, logistik dan upah pekerja (minta 2 orang anak saudara yang baru habis belajar tolong. Mereka pun dapat ilmu berdepan dengan orang ramai). Terima kasih pada semua pengunjung dan pembeli. Kalau ada salah silap harap dapat maafkan kami. Kami cuba memberi yang terbaik untuk anda.

MAKING

Tapak asas, lantai simen.

 

DISPLAY

Antara design yang menjadi pilihan Z3711-1-2-3 dan Custom Clock

DISPLAY2

Design bentuk rectangle 35cmx50cm

BUNTING

Bunting design sendiri. Percubaan pertama guna Photoshop.

kaunter

Kaunter comel untuk pelanggan duduk, pilih design dan tulis resit. Urusniaga RM-RM di sini.

flyer

Flyer pun DIY je..guna kertas fototstat hijau pastu gunting 3 bahagian. Kad bisnes pun sold out.

CROWD

Antara pelanggan2 festival yang menunggu di pintu masuk.

kemas

Proses mengemas dan membuka semua peralatan.

ddcteam

Team kecil Damishqi bergambar kenangan di hari terakhir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s