CARA KREATIF GANTUNG GAMBAR/PANEL

MENGGANTUNG gambar atau lukisan memerlukan sentuhan kreatif supaya ia menjadi tarikan khususnya di ruang tumpuan.Aspek reka letak dan keindahan elemen yang ditonjolkan menambahkan nilai seni padanya hingga menyerikan keseluruhan ruang.Biar pun kelihatan remeh dan mudah, teknik dan panduan menghias dinding perlu diberi perhatian.

Pertama, sebelum menggantung gambar, tetapkan titik tumpu di dinding. Cara ini amat berguna bagi sekelompok gambar, lukisan atau foto.

Susun atur paling kreatif ialah menempatkan secara berkelompok gambar berukuran kecil untuk digabungkan dengan gambar lebih besar dan objek beraneka saiz.Pastikan setiap gambar disusun rapat supaya kesinambungan di antaranya menjadi titik tumpu.

Ketinggian gambar yang ingin digantung bergantung kepada keluasan dinding dan keselesaan secara peribadi. Bagi memberikan impak lebih hebat, pastikan gambar diletak separas atau bawah sedikit dari paras mata.

Sebaiknya, gambar itu disusun dalam kedudukan lurus dan jarak tepat jika mahu ia dilihat seimbang dan harmoni. Dinding yang menempat–kan sofa dan laci, pastikan gambar atau objek yang digantung rapat dengan perabot itu.  Selain menjamin kesan visual yang baik, gambar yang digantung jauh dari kelengkapan berkenaan kelihatan seperti tergantung sekali gus janggal dipandang.

Ketika merancang menghias dinding dengan gambar dan perhiasan, kenal pasti dulu bahagian tengah atau titik pusat dinding. Seterusnya, mulakan meng­gantung gambar di penjuru paling kanan dan kiri dinding hingga mendekati titik te­ngah yang ditetapkan. Ketinggian tepat gambar dan objek yang ingin digantung boleh diagak dengan meminta bantuan individu lain memegangnya. Kaedah berkenaan membolehkan anda menilai sama ada kedudukan gambar digantung senget atau terlalu tinggi.

Jika ingin menggantung himpunan gambar, sediakan lakaran susun atur atau rangka gaya susunan di lantai. Selain mendapatkan gambaran keseluruhan susunan gambar, anda juga boleh menukar perancangan susun atur tanpa perlu mencabut kembali paku dan skru yang boleh merosakkan dinding. Sumber dari :http://www.hmetro.com.my/articles/Kreatifgantunggambar/Article/artikelMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s